Wednesday, August 25, 2010

Mood - Unstable



Salam...
huh...aku tk faham perasaan ape yg aku sedang lalui ni... hati tak tenang...
broken heart??? tak juga...sbb aku tak de relationship dgn sesape pon..
ya Allah... teguhkan hati ku...tenangkan hatiku... berikan aku petunjuk mu..jauhkan aku dari kekeliruan hati ini...oh hati..kenapa kau sangat sensitif..kenapa kau mudah merasakan keresahan orang lain..sedangkan hati sendiri tak terjaga.aku cuma perempuan yang lemah..
yg hendak hatinya di jaga..
ya Allah kuatkan aku...
hanya denganMu aku curahkan segala galanya..
berikan lah yg terbaik untukku..
sesungguhnya Kau Maha Mendengar dan Maha Penyayang..

Tuesday, August 24, 2010

Langkah Pertama


Assalamualaikum...
Hari ni merupakan pertama kali aku mencuba untuk mengblogger kan diri sendiri di dalam blogger ini.. Alhamdulillah.. terdetik dalam hati ini untuk mencipta blog ini kerana aku merasakan ini merupakan salah satu cara untuk aku mencurahkan perasaan, berkongsi pengalaman, mencari ilmu pengetahuan. semoga dgn blog ini aku tidak akan terpesong jauh dan semoga Allah sentiasa membimbing aku ke jalan-Nya. saya budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan=) aku seorang hamba Allah yg telah melalui pelbagai pengalaman hidup walaupon usiaku baru mencecah 21 tahun.. tp aku tahu.. Allah sayangkan hambaNya.. Allah tidak akan menguji seseorang hamba Nya lebih daripada kemampuaannya.. Aku bersyukur kerana Allah telah memberi aku petunjuk supaya lebih berhati-hati hidup di dunia ini.. walaupun begitu, aku masih insan yang lemah yang harus sentiasa belajar dan memunasabahkan diri setiap masa kerana aku pun bisa jatuh di dalam dunia yang penuh dengan nafsu dan godaan. Sekian nukilan untuk hari ini.. insyaAllah kita akan berjumpa lagi.. Wassalam..